Edisi Sentap! Sanggup buka tudung untuk terpilih dalam Program Realiti ON AIR!

Oleh Kaki Wayang on

Ada peserta wanita yang sanggup buka tudung kerana nak kejar glamour!. Ada yang sanggup tidur di dalam kereta semata-mata untuk mendapat borang peryertaan uji bakat "Program realiti ON AIR" ASTRO. Betapa murahnya iman mereka ini.

Kata Aznil Nawawi dalam kolumnya di HM, 12 Feb lalu mendedahkan gelagat peserta-peserta dalam rancangan realiti On Air yang kini sedang disiarkan di Astro. Kata Aznil, ada peserta sanggup tidur di dalam kereta semata-mata mahu mendapatkan borang untuk menyertai uji bakat program yang mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan.

Ada yang terus menunggu walaupun borang yang dikhususkan untuk uji bakat itu telah habis diedarkan. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menyertai program itu.

Yang paling mengejutkan, Aznil juga mendedahkan ada peserta bertudung yang gagal dalam uji bakat pada hari pertama sanggup menanggalkan tudung untuk  mencuba nasib pada hari kedua uji bakat.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...