Edisi Sukan Hangat! Kenapa Liverpool patut jual Suarez!

Oleh Kaki Wayang on

 
PEMAIN Manchester United, Patrice Evra (kanan) sengaja melakukan provokasi dengan meraikan kemenangan di depan Luis Suarez sejurus tamat perlawanan di Old Trafford, kelmarin.

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menegaskan, Liverpool patut menjual Luis Suarez dan memastikan dia tidak bermain lagi untuk kelab tersebut selepas penyerang Uruguay itu enggan menyambut salam Patrice Evra. 
 
Kemarahan Ferguson timbul selepas dua musuh ketat itu bertemu di Old Trafford kelmarin, yang menyaksikan United menang 2-1 hasil dua jaringan Wayne Rooney. Dalam perlawanan itu, Suarez enggan menyambut salam kapten United, Evra ketika pemain bersalaman sebelum memulakan saingan. Ferguson kemudian membuat rayuan agar bola sepak Inggeris membuang pemain yang telah dilabel sebagai perkauman daripada negara itu. 

Suarez membuat penampilan pertama sejak digantung lapan bulan oleh Persatuan Bolasepak (FA) kerana didapati bersalah menghambur kata-kata perkauman terhadap Evra dalam perlawanan kedua-dua pasukan, Oktober lalu.

Sebelum perlawanan bermula, Suarez enggan menyambut salam Evra ketika kedua-dua pasukan bersalaman, dan sebagai respons, pertahanan United, Rio Ferdinand enggan menyambut salam Suarez, sekali gus menimbulkan suasana tegang.

Evra dilaporkan tidak puas dengan penyerang Liverpool itu apabila meluru ke arahnya ketika pemain memasuki bilik persalinan pada rehat separuh masa.

Sejurus tamat perlawanan, Evra sengaja menyemarakkan kemarahan lawan dengan meraikan kemenangan secara berlebihan di depan Suarez dalam cubaan menghina pemain tersebut.

"Untuk sebuah kelab yang kaya dengan sejarah, saya pasti akan singkirkan dia, saya pasti melakukannya.

"Kelab Bolasepak Liverpool memiliki pemain yang digantung lapan perlawanan dan mereka cuba menyalahkan Patrice Evra. Dia (Suarez) yang sepatutnya dipersalahkan kerana pemain itu menyebabkan mereka mungkin tidak mendapat tempat di Eropah.

"Saya ada bercakap dengan Patrice sebelum perlawanan, dia beritahu saya bahawa dia sedia bersalam dengan pemain itu.

"Dia (Suarez) memalukan Liverpool. Pemain seperti itu tidak patut dibenarkan bermain untuk mereka lagi. Dia boleh menimbulkan pergaduhan, saya benar-benar kecewa,'' kata Ferguson.

Ferguson tetap menyalahkan Suarez sekali pun Ferdinand juga bertindak buruk apabila enggan menyambut salam Suarez dengan menegaskan, pemain Uruguay itu yang telah menimbulkan suasana tegang di Old Trafford.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...