Edisi Terkini! Latif Ibrahim Masih Hidup!

Oleh Kaki Wayang on

Latiff Ibrahim

Penyanyi dan pelakon Latiff Ibrahim kini masih dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), di sini, selepas diserang penyakit jantung kelmarin.

Sehubungan itu, keluarga Latiff meminta penyebaran khabar palsu kematian penyanyi dan pelakon itu dihentikan serta-merta. Adiknya yang juga penghibur terkenal, Datuk Khadijah Ibrahim berkata, khabar angin itu menimbulkan keadaan panik sekali gus membawa tekanan apabila ramai rakan serta sanak saudara terkejut dan menyangka mereka tidak dimaklumkan mengenai kematiannya itu. 

“Saya harap tiada pihak membuat spekulasi atau menyebarkan perkara yang tidak tepat, apatah lagi membabitkan isu meninggal dunia. Abang saya memang dimasukkan ke hospital disebabkan serangan jantung, namun keadaannya masih dalam pemantauan.

“Sebenarnya sejak semalam lagi kami menerima banyak panggilan telefon. Apa pun dalam situasi begini, lebih baik kita mendoakan semoga dia cepat sembuh,” katanya ketika dihubungi semalam.

Latiff atau nama sebenarnya, Abdul Latiff Ibrahim, 62, pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu. Namun sejak kebelakangan ini kesihatannya tidak menentu apabila sejak tahun lalu sudah tiga kali dikejarkan ke hospital disebabkan serangan sama.

Daripada keluarga terdekat, difahamkan penyanyi 80-an yang popular dengan lagu Nora itu sepatutnya menjalani pembedahan jantung sekali lagi dalam tempoh terdekat.

P/s: Semakin ramai rasanya yang suka buat cerita-cerita yang tak tahu hujung pangkalnya..biasalah khabar angin..bila khabar angin "blogger" biasanya akan jadikan ianya sebagai satu aset untuk menarik pembaca untuk datang ke blog mereka..yelaa..sape tak terkejut dan sape tak nak tahu kan kalau "Latif Ibrahim Meninggal Dunia"..konfem ramai yang nak baca..tapi hati-hatilah dalam menulis benda yang melibatkan nyawa..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...