1. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
2. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah² tidak berminat, tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit, semua rakan²nya akan tahu berita tersebut.
3. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
4. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
5. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
6. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
7. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
8. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya² kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
9. Kalau kamu masih tercari² cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis, cubalah rajin²kan tangan menyelak buku² cinta.
10. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.
Mengenai Penulis:
Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook