Tujuan Kita?? Ikhlas atau bagi MALU kat orang itu??
Apabila kita hendak menasihati orang, Tanya hati kita dahulu. Tujuan
kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang. Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Apabila kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat
kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan
ilmu".
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan
kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam
debu.
Allah SWT berfirman tentang amal yang dimaksudkan :
“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu sebagai debu berterbangan”
(Al-Furqan:23)
Mengenai Penulis:
Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook