Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2011 telah
membincangkan Hukum Menanam Rambut Di Kepala. Muzakarah telah memutuskan
seperti berikut:
-
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang
dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam tidak menghalang
umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti menanam rambut di kepala
dengan tujuan untuk memperelokkan diri dari keaiban, selagimana tidak
bertentangan dan melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
- Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudharat.