Edisi Hangat! Ciuman Di Hari Valentine Boleh Membawa Maut?

Oleh Kaki Wayang on

Ciuman Di Hari Valentine Boleh Membawa Maut?
Tanggal 14 Februari menjadi tarikh yang dinantikan oleh pasangan kekasih sebagai hari untuk meluah dan memperingati cinta sejati kepada pasangan masing-masing di mana budaya berpacaran yang majoritinya di kalangan remaja dalam menyambut Hari Kekasih atau Valentine. Budaya mungkar seperti itu sudah menjadi kelaziman bagi segelintir remaja. Umat Islam di Malaysia tidak harus terpengaruh dan meraikan sambutan itu kerana ia bercanggah dengan akidah.

Bukan saja sejarah Valentine yang sememangnya mengaibkan agama Islam itu sendiri, bahkan budaya bercium yang lazimnya diamalkan semasa hari tersebut, khususnya pada tahun ini, juga sebenarnya boleh membawa kemudaratan – itulah kajian terbaru para saintis Barat. Ini disebabkan Februari ini merupakan ‘musim kemuncak’ penularan penyakit.

” Pertengahan Februari biasanya merupakan musim puncak untuk penyakit menular, seperti flu babi (H1N1) dan mononucleosis.

” Suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk boleh menyebabkan stres bagi tubuh, melemahkan pertahanan dalam melawan jangkitan dan inilah yang membuat kita lebih rentan,” kata Jorge Parada dari Loyola University Health System.

Tambah Parada, bukan hanya bercium yang dapat menyebarkan virus flu, malah Hari Valentine yang selalu dikaitkan dengan keromantisan telah menyebabkan ramai pasangan yang memilih untuk minum dari gelas yang sama, berkongsi sudu dan garfu hingga mereka tidak sedar yang ia boleh menyebabkan terjadinya perpindahan virus.

“Manusia dapat ‘mengirimkan’ beberapa virus melalui air liur. ” Garpu, sendu dan gelas boleh bertindak sebagai penghubungnya,” kata Parada.

Parada seterusnya menyarankan agar setiap pasangan melindungi diri mereka sendiri dan orang yang dicintai dengan menghentikan penyebaran virus kepada orang lain. Masihkah mahu menyambut Hari Valentine?

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...