Lelaki ini perlu ‘membaham’
sekurang-kurangnya lapan hidangan hot dog untuk sarapan pagi pada setiap
hari dan memerlukan lebih dari 18 orang pembantu untuk memastikan
dirinya terus bernyawa, sekaligus menjadikannya manusia paling gemuk di
dunia.
Keith Martin, berusia 42 tahun dan tinggal di Harlesden, London,
terpaksa mengharungi kehidupan sukar bagi dirinya akibat kegemukan
terlampau dan dalam masa yang sama terpaksa juga membebankan ramai pihak
lain yang mengambil berat tentang dirinya.
Berat terkini beliau adalah 368 kilogram menjadikannya dirinya di
iktiraf sebagai lelaki paling gemuk di dunia mengalahkan ‘juara dunia
bertahan’, Manuel Uribe dan Paul Mason yang berjaya menurutkan beratkan
ratusan kilogram sebelum ini.
Menurut anggota pasukan medik yang melayan karenah Kieth, mereka
memerlukan lapan pekerja ambulan untuk mengusung lelaki itu ke hospital
untuk mendapat rawatan pada 10 tahun yang lalu.
Ia membawa maksud bahawa kali terakhir Keith bangun dari tempat
tidurnya adalah pada 10 tahun lampau dan kini terpaksa menghabiskan
masanya terlantar di atas katil sahaja menunggu lawatan unit perubatan
di rumahnya.
Menurutnya lagi, Kieth memerlukan empat petugas medik untuk
melawatnya dua kali sehari dan empat jururawat untuk memandikan serta
memantau kesihatannya setiap minggu bagi membantunya mengurangkan berat
badan.
Keith yang sedih atas kematian ibunya pada 16 tahun yang lalu
memberitahu bahawa dia tidak lagi mempedulikan tentang dirinya dan makan
apa saja bagi menghilangkan tekanan.
“Ibu saya meninggal dunia pada 16 tahun lalu, saya tak peduli lagi
tentang diri saya sejak itu..dan saya makan apa saja selepas itu..”
katanya yang dipetik dari media antarabangsa, Dailymail.uk.com,
baru-baru ini.
Bagaimanapun, lelaki paling gemuk di dunia itu menyesal dengan tabiat
pemakanannya yang tidak terkawal itu dan menyalahkan dirinya yang
bertindak mengikut kehendak hati tanpa memikirkan kesannya pada kemudian
hari.
“Saya menyalahkan diri sendiri. Semua ini memang salah saya dan saya
benci apa yang telah saya lakukan kepada diri sendiri,” katanya lagi
penuh kesal.
Kieth memiliki dua orang kakak yang bergilir-gilir melawatnya setiap
hari dan menghabiskan masanya menguyah gula-gula, kek, biskut dan sosej
sambil menonton televisyen di katil.