Hanya kerana menyuruh suami memulangkan cakera padat (CD) lagu milik
abangnya, seorang wanita teruk dibelasah ketika pasangan itu menaiki
kereta untuk pulang ke rumah mereka di Cheras, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 20 tahun bertanya
kenapa suaminya tidak pulangkan CD itu walaupun mereka menghadiri
majlis hari jadi di rumah abangnya di Sentul.
Suaminya yang berusia 20-an itu tidak mempedulikannya pertanyaan isterinya, namun wanita terbabit yang mendesak menyebabkan mangsa naik angin dan memarahinya. Menurut sumber, lelaki terbabit memberitahu CD yang dipinjamnya rosak dan dia akan menggantikan semula, namun mangsa masih tidak berpuas hati menyebabkan berlaku pertengkaran.
“Si suami yang gagal mengawal kemarahannya memukul kepala mangsa dengan tangan beberapa kali sebelum menyuruh mangsa turun dari kereta,” katanya.