Edisi Sentap! Chelsea Hina dan Malukan Saya - Nicholas Anelka!

Oleh Kaki Wayang on

Nicolas Anelka mengakui tidak menyangka penamat kerjayanya di Chelsea berakhir dengan mimpi ngeri – dan menuding jari kepada pengurus Andre Villas-Boas.

Pemain Perancis itu yang kini sedang menjalani latihan pra-musim di Sepanyol bersama kelab barunya Shanghai Shenhua, masih sukar mempercayai bagaimana masanya di Stamford Bridge berakhir dengan penamat penuh kehinaan. Anelka diarahkan berlatih dengan pasukan remaja dan dipaksa menggunakan bilik persalinan berbeza dengan pasukan utama sebelum dikejutkan dengan perpindahan ke China. Dia juga dikehendaki meletakkan keretanya di tempat rizab. 

“Mereka menghukum saya dengan meletakkan saya berlatih dengan pasukan remaja.

“Saya mendapat semua peralatan sebagai pemain profesional tetapi mereka meletakkan saya di dalam bilik persalinan berasingan – itulah bola sepak.

“Satu hari, anda boleh menjadi penjaring gol dan melakukan apa yang anda perlu lakukan untuk kelab tetapi satu hari anda langsung tidak dikasihani.”

Penyerang itu adalah antara tonggak Carlo Ancelotti ketika membantu Chelsea muncul juara berganda Piala FA dan Liga pada 2010 dan penjaring terbanyak Liga Perdana musim 2008/09 dengan 19 gol.  Tetapi di bawah pengurus kelahiran Portugal itu, Anelka disisihkan dan pertahanan Alex turut menjadi mangsa apabila dia tidak mahu menandatangani kontrak baru.
 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...