Akibat tidak makan ‘saman’ dengan teguran oleh
penduduk-penduduk kampung, sepasang kekasih ditangkap oleh sekumpulan
penduduk kampung Gampong Crung Padang Tiji, Indonesia ketika asyik
memadu asmara di dalam sebuah rumah.
Amir Mukhtar,26, dan kekasihnya Ernawati, 22, ditangkap dalam keadaan
separuh bogel ketika melakukan zina dan mereka berdua di bawa berjumpa
dengan pihak ketua tertinggi di kampung tersebut.
Menurut laporan dari blog Suarapeople.com, orang-orang kampung
mendakwa pasangan itu kerap dilihat mengunjungi sebuah rumah di kampung
berkenaan dan menyangka mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.
Setelah mengetahui yang Amir dan Ernawati bukanlah pasangan suami
isteri, orang-orang kampung telah mengambil langkah untuk menasihati
akan tindakan bukan muhrim yang mereka lakukan tetapi langsung tidak
diendahkan.
‘Kegiatan’ zina antara Amir dan Ernawati telah diintip oleh orang
kampung ketika mereka asyik bercumbu di dalam sebuah bilik di rumah
terbabit dan terus ditangkap menyebabkan mereka berdua tidak sempat
untuk memakai pakaian mereka semula.
Kerana geram dan marah nama kampung mereka terjejas, Amir dan
Ernawati telah dihukum rendam dalam air di atas perbuatan berdosa
mereka.
Ibu bapa masing-masing juga dipanggil untuk melihat sendiri perlakuan tidak bermoral anak-anak mereka.
Difahamkan, pasangan itu baru sahaja berkenalan dan perkenalan itu baru mencecah usia setahun.