Hanya topup RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan
berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu
mengadakan hubungan seks dengannya.
Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu
pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah
melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi. pelajar itu yang hanya mahu
dikenali sebagai aliya berkata, dia mula membabitkan diri dengan
kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita
lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di
bandar raya ini.
“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian
berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan
keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan
faktor kemiskinan,” katanya.
Aliya berkata, selepas menceritakan masalah kewangan
dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu
kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.
“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa
ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum
didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an. “Sebelum berbual, saya
melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan
sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk
menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.
Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa
ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring. “Saya hanya
tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada
masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil
menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.
Aliya berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk
melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki
yang dikenali saja semata mata untuk memperoleh topup free. “Selepas
kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas
waktu sekolah hingga mampu hidup senang.
“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan
seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada
kemaluan,” katanya. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia
berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa
dilakukannya. “Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu
mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti
nasib lebih buruk,” katanya.