Edisi Sentap! Saya Pergi Kelab Malam Untuk Menenangkan Fikiran – Tasha Shilla!

Oleh Kaki Wayang on

Saya Pergi Kelab Malam Untuk Menenangkan Fikiran - Tasha

Kata Tasha Shilla:-
Saya akui gemar meluangkan masa bersama rakan di kelab malam, tetapi hanya untuk menghilangkan tekanan selepas penat menjalani penggambaran drama. Tambahan pula kunjungan saya ke kelab malam Rabu lalu hanya untuk meraikan hari jadi saya. Saya kecewa dengan fitnah dilemparkan menerusi laporan dalam blog hiburan yang mereka-reka cerita kononnya saya melakukan tarian tiang tanpa segan silu dan tidak mempedulikan orang sekeliling. Ia jelas menjatuhkan kredibiliti saya. Saya bukan hipokrit untuk menafikan tidak pernah pergi ke kelab malam, tetapi kehadiran saya hanya untuk menenangkan fikiran semata-mata.

Errmmmm….pergi kelab malam untuk tenangkan fikiran? Betullah kata orang, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Penulis tak mahu cakap apa, itu hak dia, itu pilihan dia. Namun penulis berharap KELAB MALAM tidak akan selamanya menjadi pilihan Tasha untuk menenangkan fikirannya atau untuk meredakan tekanan.Bukan apa, takut daripada nak tenang, bertukar menjadi bertambah serabut, daripada nak hilang tekanan, takut bertukar menjadi bebanan!

Kredit: MyNewsHub

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...