Edisi Sukan! Piala Thomas! Malaysia Tumpas Kepada Jepun 3-0!

Oleh Kaki Wayang on

AKSI separuh akhir kelayakan Piala Thomas, pasukan negara tumpas 3-0 kepada Jepun di Macau, semalam. Sudah pun menempatkan diri ke final di Wuhan, Mei depan, pertarungan hari ini ini tidak disertai ketua pasukan Datuk Lee Chong Wei. Sebaliknya tanggungjawab perseorangan pertama digalas juara All England 2003 Muhammad Hafiz Hashim. Bagaimanapun Hafiz tumpas kepada Sho Sasaki 19-21, 16-21.

Nasib sama turut menimpa beregu pertama Lim Khim Wah-Goh Wei Shem yang kecundang di tangan gandingan Hirata Noriyasu-Hashimoto Hirokatsu, 11-21, 21-11, 18-21. Namun, saingan sengit dihadapi perseorangan kedua, Daren Liew ketika menentang pemain nombor satu Jepun, Kenichi Tago. Permainan yang berlangsung selama 100 minit, Daren dipaksa bertarung sehingga kedudukan tamat pada 28-30 di set pertama dan 19-21 di set kedua.

Malaysia bakal bertemu Indonesia bagi penentuan tempat ketiga dan keempat. Sementara itu, skuad Uber negara tumbang kepada Hong Kong, 3-2 dalam aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan.

Kelayakan Piala Thomas / Uber Zon Asia 2012:

Keputusan penentuan tempat ke-5 – 8

Piala Uber

Indonesia (5) – (0) Singapura

Hong Kong (3) – (2) MALAYSIA

Piala Thomas

Thailand (3) – (2) India

Korea Selatan (3) – (2) Taiwan

Separuh akhir

Piala Uber

China (3) – (0) Taiwan

Jepun (2) – (3) Thailand

Piala Thomas

China (3) – (0) Indonesia

MALAYSIA (0) – (3) Jepun

Keputusan skuad negara

Piala Uber

MALAYSIA (3) – (2) Hong Kong

Tee Jing Yi kk Yip Pui Yin, 12-21, 9-21
Chin Eei Hui-Wong Pei Tty mn Poon Lok Yan-Tse Ying Suet, 21-16, 21-18
Lydia Cheah Li Yak k Chan Tsz Ka, 20-22, 21-18, 17-21
Goh Liu Ying-Lim Yin Loom n Chau Hoi Wah-Chan Hung Yung, 21-19, 21-15
Sannatasah Saniru kk Mong Kwan Mong, 13-21, 15-21



Piala Thomas

MALAYSIA (3) – (0) Jepun

Hafiz Hashim kk Sho Sasaki , 19-21, 16-21
Lim Khim Wah-Goh Wei Shem kk Hirata Noriyasu-Hashimoto Hirokatsu, 11-21, 21-11, 18-21
Daren Liew kk Kenichi Tago, 28-30, 19-21

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...