Mendiang diva pop Whitney Houston dikebumikan di tempat kelahirannya di bandar raya Newark, semalam. Pengebumian yang diadakan secara tertutup itu diiringi dengan persembahan koir. Keranda Houston kemudiannya dibawa keluar dari gereja pada jam 3.41 petang (4.41 pagi ini waktu Malaysia). Beberapa orang rakan artis turut kelihatan pada upacara pengebumian, antaranya Rickey Minor dan Kevin Costner.
Penyanyi itu ditemui tidak sedarkan diri dalam tab mandi di bilik hotelnya di Los Angeles,11 Februari lalu. Mendiang berusia 48 tahun. Berita kematian penyanyi itu mengejutkan banyak pihak, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi berhubung punca kematiannya, yang dikaitkan dengan ketagihan dadah dan alkohol.