Betol-betol Hangat! Persembahan Menarik Gagal Selamatkan Kay

Oleh Kaki Wayang on

Persembahan Menarik Gagal Selamatkan Kay
Persembahan menarik dari Kay nampaknya gagal menyelamatkan dirinya dari menjadi pelajar terbaru yang tersingkir dalam konsert minggu ke 6 Akademi Fantasia 9 (AF9), sebentar tadi. Kay atau nama sebenarnya Nur Khaidir Bin Muhd, 22, tersingkir apabila menerima AFUNDi terendah berbanding 6 rakannya yang lain.

Persembahan Kay dengan lagu Stand By Me nyanyian asal Ben E. King bagaimanapun dilihat hebat apabila menerima pujian dari ketiga-tiga pengkritik namun undian yang rendah membuatkan dia terpaksa mengusung beg meninggalkan akademi.

Selain penyingkiran Kay, hos AF9, Aznil Hj Nawawi turut mengumumkan satu lagi kejutan baru yang belum pernah dilakukan dalam sejarah Akademi Fantasia. Kejutan baru itu ialah bermula dari minggu depan, pelajar yang membuat persembahan terbaik akan diberikan imuniti. Fungsi imuniti ini ialah ia dapat menyelamatkan pelajar tersebut dari disingkirkan meskipun mendapat undian terendah pada malam konsert tersebut.

Konsert ke 6 AF9 ini telah bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil dan dipancarkan terus menerus ke Astro Ria (saluran 104). Pembaharuan dalam konsert ke 6 ini ialah para pelajar tidak lagi diiringi muzik minus one sebaliknya persembahan mereka dibantu oleh pemain-pemain muzik secara LIVE dan mereka telah menyanyikan lagu tugasan mereka secara penuh. Pemuzik-pemuzik profesional ini telah dipimpin oleh Aubrey Suwito.

Penyanyi Faizal Tahir telah dijemput untuk membuat persembahan khas di awal konsert menyanyikan lagu Karma. Dia turut bertindak sebagai pengkritik jemputan pada malam tersebut bersama dua lagi pengkritik tetap, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan.

Dengan penyingkiran Kay, bermakna tinggal 6 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF9. Teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI dan hantarkan ke 32999. Anda juga boleh mengundi secara pukal dengan menaip AFUNDI<3/5/10/20> dan hantarkan ke 32999.

Diari Akademi Fantasia boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9 malam dan Konsert Akademi Fantasia pula ke udara pada setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...