Edisi Hangat! Kisah disebalik Pertunangan Farhan AF (Gambar)!

Oleh Kaki Wayang on




Majlis yang hanya dihadiri oleh keluarga rapat kedua-dua belah pihak itu menyaksikan ibu kepada Rashdan, Faridah Hussin, menyarungkan cincin ke jari manis Farhan selepas kedua-dua belah keluarga mengadakan perbincangan.

Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran yang terdiri daripada kek cawan, buah anggur, bunga rampai, cincin pertunangan bersama wang pembuka hantaran, dan sirih junjung. Pemberian ini dibalas dengan  tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan. Farhan menghadiahkan dua naskah Al-Quran, sejadah, coklat, kek cawan, kek, buah-buahan dan Sirih Junjung.


Mengulas tentang pertunangannya itu, Farhan yang ditemui selepas majlis berakhir memberitahu dia dan Rashdan mengambil keputusan untuk bertunang selepas melalui pengalaman percintaan jarak jauh selama tiga tahun.

“Kami terpaksa berpisah kerana ketika itu Rashdan perlu menyambung pelajaran di United Kingdom. Selama tiga tahun kami menjalinkan percintaan jarak jauh dan banyak kesukaran yang kami hadapi. Selepas Rashdan pulang ke Malaysia kira-kira empat bulan lalu, kami telah mengambil keputusan untuk bertunang dahulu sebagai tanda perhubungan kami ini memang serius. Tentang perkahwinan, kami perlukan masa kira-kira setahun lagi untuk memberi masa kepada masing-masing mengukuhkan karier. Lagipun, Rashdan baru sahaja memulakan tugasnya sebagai Pengurus Akaun,” ujar Farhan.


Ditanya apakah ciri-ciri yang ada pada Rashdan sehingga dirinya terpikat kepada jejaka itu, Farhan memberitahu lelaki itu seorang yang sangat memahami walaupun pemikirannya agak konservatif.

“Saya ini seorang yang berfikiran terbuka. Tetapi Rashdan tidak. Dia agak konservatif. Itu salah satu sebab saya tertarik kepada dia. Saya rasa lelaki yang berfikiran begini boleh membimbing saya ke arah yang lebih baik. Selain itu, dia juga seorang yang sangat memahami. Malah, dia tidak menghalang saya untuk terus aktif menyanyi selepas berkahwin nanti,” ujar Farhan lantas menguntum senyuman.

Pasangan ini diperkenalkan oleh rakan Farhan ketika sambutan harijadinya yang ke 22 tahun. Ketika itu Farhan baru sahaja selesai bersama Akademi Fantasia musim keempat.

Kredit: Gua

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...