Edisi Sukan Hangat! Zambia julang Piala Negara Afrika Tewaskan Ivory Coast!

Oleh Kaki Wayang on



Zambia muncul juara kejohanan bola sepak Piala Negara Afrika selepas menundukkan skuad pilihan Ivory Coast 8-7 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan akhir, sebentar tadi.

Kejayaan julung kali itu buat Zambia selepas tumpas dalam dua kemunculan final piala berkenaan sebelum ini.
Ivory Coast hampir mencatat kejayaan dalam tempoh masa 90 minit tetapi sepakan penalti yang diambil kaptennya, Didier Drogba tersasar pada minit ke-70. Zambia menguasai sebahagian besar perlawanan bagi melengkapkan kejohanan sensasi itu selepas bermula sebagai skuad bukan pilihan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...