Edisi Hangat! Seluar Jeans Wangi Dicipta…Hanya Gores Dan Bau!

Oleh Kaki Wayang on

Seluar Jeans Wangi Dicipta...Hanya Gores Dan Bau!
Kajian mendapati ramai pengguna malas untuk mencuci seluar jeans mereka. Seluar jeans adakalanya dipakai berhari-hari, malah lebih lama daripada itu, sebelum ia dibasuh. Semua gara-gara kainnya yang agak tebal hingga menyukarkan proses mencuci terutama mereka yang tidak menggunakan mesih basuh.

Namun dunia fesyen dikejutkan dengan innovasi dan penciptaan yang sungguh kreatif daripada sebuah syarikat pengeluar jeans terkenal daripada Kanada. Mereka berjaya mencipta jeans yang mempunyai haruman wangi….caranya mudah saja, hanya perlu gores dan bau! Seluar jeans kreatif itu dikeluarkan oleh syarikat ‘Naked and Famous Denim’.

Untuk permulaan, syarikat itu melancarkan seluar jeans yang mempunyai haruman Raspberry. Menurut syarikat itu, mereka telah membuat kajian dengan mencuci seluar keluaran mereka sebanyak lima kali dan hasilnya jeans itu tetap berbau wangi. Syarikat tersebut hanya menggunakan kain denim yang bermutu tinggi yang diimport dari Jepun. Ia akan dijual di pasaran dengan harga sekitar RM600 sehelai.
 
Jika anda berminat, seluar jeans ‘Scratch-n-Sniff’ ini boleh dibeli dalam talian di alamat http://tateandyoko.com.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...