Edisi Sentap! 400 Mat Rempit Tolak Motosikal 7Km ke Balai Polis - Amekaw Wahai Rempit!

Oleh Kaki Wayang on


Polis menahan 400 orang Mat Rempit termasuk 30 wanita yang keseluruhan berusia 16 hingga 32 tahun dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi. Polis turut mengambil keterangan dari 107 orang dripada mereka sebelum dibebaskan.
  
 
 
Ketua Pegawai Operasi tersebut, ASP Alhamdu Sehat berkata operasi dua jam bermula 2 pagi itu melibatkan lebih 20 anggota pelbagai cawangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut telah berjaya menggagalkan lumba haram yang dirancang sekumpulan Mat Rempit di kawasan berkenaan.
  
"Ada di antara mereka yang cuba melarikan diri dengan melawan arus jalan raya sehingga salah seorang patah tulang pipi akibat terjatuh namun polis berjaya menahan mereka kerana kawasan terbabit telah dikepung," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini. Turut ditahan ialah seorang remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bertongkat kesan kecederaan selepas lumba haram baru-baru ini.

Alhamdu berkata kesemua yang ditahan termasuk penonton diarahkan menolak motosikal dari lokasi terbabit ke IPD Daerah Timur Laut sejauh kira-kira 7 kilometer untuk siasatan lanjut. Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua yang terlibat bebas pengaruh dadah dan alkohol. Katanya daripada 400 buah motosikal yang ditahan hanya 105 motosikal yang diperiksa dan 11 daripadanya disita atas pelbagai kesalahan trafik.
  
"Sebanyak 37 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan ubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi, tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan seumpanya," katanya

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...