Betol-betol Sengal! Kerana bercinta mereka bakal dibunuh!

Oleh Kaki Wayang on

http://profhariz.com/wp-content/uploads/2010/10/wedding-outdoor-vespa.jpg
Sekadar gambar hiasan | Tidak ada kena mengena dengan cerita yer (TQ Mr. Google)

Dua remaja berusia 17 tahun di Afghanistan bakal berhadapan hukuman digantung atau direjam dengan batu hingga mati kerana disifatkan melakukan ‘jenayah’ selepas saling jatuh cinta dan cuba berkahwin.

Lebih mengejutkan, keluarga dan penduduk kampung pasangan terbabit juga mahu Halima Mohammedi dan Rafi Mohammed dibunuh kerana tidak bersetuju dengan keputusan pasangan muda itu untuk berkahwin kerana kebiasaannya perkahwinan diatur keluarga. 

Bapa Halima, Kher Mohammed berkata kepada New York Times (NYT): “Apa yang kami mahu ialah kerajaan membunuh mereka.” 

Dengan ditemani bapa saudara gadis terbabit, bapanya melawat Halima di penjara dan menuduhnya memberi malu kepada keluarga dan patut dibunuh.  Ketika pasangan itu berjumpa untuk melangsungkan perkahwinan, mereka diserang 300 lelaki yang menyeret mereka dari kereta, menuduh mereka berzina dan memulakan kekacauan.

Dalam rusuhan di kampung Jabrail berhampiran kota Herat itu, seorang lelaki terbunuh, sebuah balai polis dibakar, manakala Halima Mohammedi serta Rafi Mohammed, kedua-dua berusia 17 tahun dipenjara. Rafi dan seorang sepupu yang membawanya untuk bertemu Halima, dipukul teruk penyerang.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...