Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
 mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan 
pada 1 Januari lalu dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat 
awam dari tarikh itu.
Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, permintaan itu adalah
 wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa 
SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan 
semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.
“Jadi permintaan CUEPACS adalah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.
“Ia  berdasar  perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana 
Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh 
kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat 
penyelesaian dalam tempoh tiga bulan,” katanya kepada pemberita di sini 
semalam.



