Edisi Hangat! Aku Sudah Popular, Akulah Blogger Otai!

Oleh Kaki Wayang on


Wah dah popular sekarang..itulah kebanyakan komen dan pujian yang entah ikhlas atau tidak dari segelintir rakan blogger..sebagai seorang blogger, aku tidak begitu memikirkan sangat akan pujian yang diberikan..aku tahu di mana aku berada..aku tahu asal usul dan tahap kemampuan aku..Sebab apa aku popular? Sebab aku pandai Azan? Semua orang pandai azan..Sebab aku pandai menyanyi? Semua orang pandai menyanyi? Sebab aku pandai bertilawah dan bertaranum? Semua orang mampu bertaranum..Sebab aku hensem..huk huk..sila muntahijo..Sebab aku jana pendapatan lumayan dari berblog? Mmmm ramai lagi yang jana pendapatan lebih tinggi dari aku..

Kalau korang rasa aku ini popular itu pun sebab masuk dalam Majalah InTrend Edisi Mei2012..kalau tak masuk? Konfem korang tak cakap aku ni popular kan? Lihat saja Ben Ashaari yang seringkali dilihat dan kemudiannya dilamar Media Massa, TV, Suratkhabar dan sebagainya..lebih popular dari aku..

Nak kata aku ni otai dalam berblog? Mmmm tidak rasanya sebab lebih ramai lagi blogger yang otai dari aku..Selain Ben Ashaari, blogger seperti HasrulHassan, Eyriqazz, Yanmieonline dan Denaihati  boleh dikatakan otai dalam dunia blog..lihat saja pencapaian mereka..memang jauh kalau nak dibandingkan blog aku yang setahun jagung ni..

Bermula pada April 2011, blog ini kini berusia setahun dua bulan..masih terlalu awal lagi untuk aku mendabik dada walhal ada lagi blogger lain yang lebih hebat..Setahun yang lepas, aku bermula sebagai seorang yang kosong dari segi ilmu pengetahuan dalam dunia blog dan kini aku masih lagi tercari-cari rentak dalam berblog..masih memerlukan bantuan blogger-blogger lain dalam bidang penulisan kreatif..

Walauapapun, jutaan terima kasih buat semua pembaca yang menyokong blog ini selama ini. Tahniah buat korang semua! Jangan anggap aku sudah popular walhal hanya beberapa orang saja yang kenal aku tetapi berjuta lagi tak kenal siapa Kaki Wayang..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
6 Comments

{ 6 Komen Membina!... read them below or add one }

RamRamCute said...

Tahniah Azri...you deserve to have all the recognition and credits (cakap omputeh lak)hehehehe...

mama lynn said...

tahniah azri, satu pencapaian yg agak baik jugak tu

Kaki Wayang said...

Thanks Kak..tersipu-sipu malu sebab tak faham..tak pandai cakap omputeh...gagagagagagaga

Kaki Wayang said...

Terima kasih jugak yer kak..

AJ said...

tahniah bro..saya tak pernah kuar mana2 majalah...

Kaki Wayang said...

Perghhhhh blogger terkenal Eyriqazz mengomen..takpe tak masuk majalah..Eyriqazz tak perlukan majalah sebab Eyriqazz terkenal kat Nuuff, Astro, Segala AnMum dan Dumex (ade ke) dan macam-macam lagi..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...