Edisi Sengal! Ibu Cekik Anak Dengan Baju Dalam - Serius Ibu Yang Sadis!

Oleh Kaki Wayang on



Nioshka Bello (24) dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup minggu lalu di Orlando Florida atas kesalahan membunuh anak beliau 3 tahun yang lalu. Nioshka Bello mencekik anak beliau sehingga mati dengan memggunakan tali baju dalam beliau. Mengikut laporan akhbar. Nioshka dan anak perempuan beliau Janessa Sandoval (2) tinggal bersama teman lelaki yang juga merupakan bapa tiri Janessa. 

Apabila mereka dihalau daripada rumah mereka Nioshka cuba menyerahkan Janessa kepada bapa biologikal Janessa kerana beliau kini homeless. Si bapa enggan menjaga Janessa dan Nioshka mengambil jalan nekad membunuh diri. Beliau mencekik Janessa dengan tali bra sebelum beliau sendiri cuba membunuh diri dengan memakan Tylenol serta Benadryl pada dos yang berlebihan. Beliau tidak mati selepas berjaya diselamatkan paramedik. 

Ketika di dalam penjara beliau sekali cuba membnunuh diri tetapi gagal. Pihak pembelaan cuba membuktikan Nioshka mempunyai masalah mental kerana pernah beberapa kali cuba membunuh diri sejak berumur 15 tahun. Mahkamah akhirnya membicarakan beliau setelah pihak hospital mengesahkan beliau tidak gila.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

RamRamCute said...

apa punya emaklah ni...anak comel macam ni pun nak bunuh..pressure tak kena tempat! ish dunia semakin kejam!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...