Kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden telah dipermainkan sebuah
syarikat penerbitan tidak bertanggungjawab di Utah selepas mereka
menerbitkan filem zombi (mayat berjalan) menggunakan watak beliau.
Filem berjudul Osambie: The Axis of Evil Dead itu memaparkan pertempuran antara Unit Angkatan Khas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dengan kumpulan militan zombi di kawasan gurun diketuai oleh Osama yang kononnya bangkit dari kematiannya.

Pengarah eksekutif, Kynan Griffin berkata, skrip tersebut telah dihasilkan sebelum Osama dibunuh pada Mei lalu.
Ia turut menggunakan tagline 'Bin Laden Will Die Again' (Osama akan mati sekali lagi) yang dianggap biadab dan dilihat bakal mencetuskan kemarahan orang Islam.
Sementara itu, sebuah lagi filem kontroversi arahan Kathryn Bigelow
yang berkisar mengenai operasi memburu Osama juga akan diterbitkan
walaupun menerima kritikan banyak pihak kerana ia secara terang
mendedahkan misi rahsia Agensi Penyiasatan Pusat (CIA).