Jaminan buat orang Islam untuk masuk syurga banyak didapati
keterangannya pada sabda-sabda Rasulullah SAW. Misalnya hadits berikut
ini:
أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى قالوا يا رسول الله ومن يأبى قال من
أطاعني دخل الجنة ومن عصاني فقد أبى رواه البخاري
Dari Abi Hurairah
ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, Setiap ummatku pasti akan
masuk syurga, kecuali yang tidak mahu. Sahabat bertanya, Ya Rasulallah,
siapa yang tidak mahu? Baginda menjawab, Mereka yang mentaatiku akan masuk
syurga dan yang menetangku maka dia telah enggan masuk syurga.