Agensi pengangkutan awam New York
melakukan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan seorang
lelaki mencium seekor ayam hidup di dalam sebuah tren bawah tanah.
Seorang arkitek, Kylie Kaiser berumur 27
tahun merakamkan imej video itu semasa dia bersama dua rakannya menaiki
tren tersebut pada pukul 7 malam pada waktu tempatan Selasa lalu.
“Lelaki itu berbaring di atas lantai, cium, memeluk dan mengangkat ayam itu di dalam tren itu,” kata Kaiser kelmarin.
Menurutnya, lelaki itu tidak mengendahkan penumpang lain yang berada di dalam tren tersebut.
Beberapa penumpang yang melihat gelagat lelaki itu turut ketawa.
Kaiser berkata, penampilan lelaki itu
menunjukkan dia seperti tidak mempunyai rumah kerana terdapat kereta
sorong beli-belah dipenuhi tin minuman di sebelahnya.
Jurucakap Pengangkutan Awam Pusat Bandar New York, Charles Seaton berkata, tidak ada penumpang yang melaporkan kejadian itu.
Kaiser merakamkan video dan gambar lelaki itu dengan menggunakan gajet Blackberry dan menyiarkan di laman blognya.
Imej rakaman itu boleh dilihat di laman YouTube.