Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air
ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di
rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.
Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu
ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di
sini, jam 11 malam, kelmarin.
Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa
tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9
Februari lalu.
“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.
“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.
Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.
MAKLUMAT LANJUT:
2. Siapa Artis Hip Hop yang Rogol Anak Tiri?
3. Siapa Artis Hip Hop yang Rogol Anak Tiri? - Edisi Susulan Kes Rogol!
4. Penyanyi Hip Hop dan Pelakon Filem Malaysia ditangkap kerana rogol anak!