Penyanyi Ana Raffali, 26, mengesahkan dia akan bertunang dan bernikah
dengan seorang jurugambar bebas, Ahmad Aznaim Abdullah pada 25 Februari
ini.
Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 25) menerusi lagu
Tolong Ingatkan Aku itu, majlis pertunangan dan akad nikah dijadual
serentak di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini.
“Kami merancang majlis yang sederhana saja,” katanya pada sidang akhbar pengumuman perkahwinannya di sini semalam.