Edisi Hangat! Natasha Hudson Selamat Diijabkabulkan dan Gambar Penikahan Mereka!!

Oleh Kaki Wayang on


Selepas hampir lima tahun menjanda, pelakon jelita Natasha Hudson, 29, selamat diijabkabulkan dengan ahli muzik, Khalid Kamal, 33, di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Khalid bergelar suami kepada Natasha di hadapan 200 orang tetamu termasuk keluarga dan teman terdekat yang turut hadir menyaksikan penyatuan bersejarah kedua mempelai itu.

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh jurunikah Shahirman Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM80. Walau bagaimanapun, kedua pihak pengantin memutuskan untuk tidak menyediakan wang hantaran.

Ketika ditemui selepas majlis pernikahannya, aktres itu memanjatkan kesyukurannya kerana segala doanya dimakbulkan oleh Allah SWT.

Biarpun keputusan yang diambilnya untuk mendirikan rumahtangga hanya dilakukan sewaktu mengerjakan umrah pada penghujung Mac lalu, namun Natasha yakin dengan pilihannya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...