Edisi Tips Blog! Gambar dan Jenis dan Gaya Penulisan Mainkan Peranan Penting Tarik Pembaca!




Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dah agak lama benar rasanya tidak menulis TIPS Blog..rasanya ramaid iantara pembaca yang tertanya-tanya bagaimana Kaki Wayang promosikan artikel di blog ini..dan ramai sebenarnya yang tanya macam mana nak dapatkan trafik secara konsisten..

Gambar

Buat pertamanya, kita mulakan dengan tips ARTIKEL BERGAMBAR mampu tarik pembaca..Rakyat Malaysia terkenal dengan sifat dan sikap malas lebih-lebih lagi malas membaca..cuba kita lihat masyarakat cina dan omputeh..jarang sekali kita melihat mereka tanpa buku ataupun sebarang bahan bacaan..setiap kali melihat mereka sama ada di restoran, kedai-kedai, shopping complex dan macam-macam lagi..ditangan mereka pasti akan ada bahan bacaan..tak kiralah bahan bacaan itu bergambar ataupun tidak.

Bagi kita rakyat berbangsa melayu, amat jarang untuk kita melihat situasi ULAT BUKU walaupun kadang-kadang kita sentiasa menggelar pelajar atau masyarakat yang memakai “spek”aka cermin mata sebagai skema/ ulat buku..maka gelaran ulat buku itu hanya terhenti dan focus kepada orang-orang yang memakai spek sahaja..

Tidak dinafikan masyarakat “kecik-kecik”sehinggalah dewasa adakalanya begitu gemar melihat gambar daripada membaca..oleh sebab itulah, artikel bergambar mampu menarik lebih ramai pembaca berbanding blog/ artikel tidak bergambar. Namun terdapat juga artikel bergambar yang tidak digemari masyarakat hari ini. Ini mungkin disebabkan kerana penulisan yang tidak konsisten dan tidak kreatif menyebabkan pembaca tidak berminat untuk datang dan seterusnya membaca artikel di blog kita. Pendek kata, gambar dan gaya penulisan perlu selaras dan seimbang agar ianya mampu menarik perhatian pembaca.

Jenis dan Gaya Penulisan

Ini adalah perkara terbesar yang kadangkala tidak diambil berat oleh penulis blog. Mereka ingat dengan hanya copy and paste mampu memberikan peluang kepada blog mereka untuk menarik perhatian pembaca. Tanggapan itu sebenarnya salah. Memang tidak salah untuk kita copy and paste (terdapat blog-blog yang membenarkan karya mereka diambil) namun jangan lupa untuk meletakkan kredit pada artikel anda.

Bernilainya blog anda adalah disebabkan gaya penulisan anda. Gaya penulisan amat memainkan peranan agar kekreatifan kita mengolah ayat dan artikel mampu menarik perhatian pembaca.

Satu perkara lagi adalah berkenaan dengan jenis tulisan. Biasanya apabila kita menulis menggunakan Microsoft Word/ Blog Editor (Default) kita hanya boleh menggunakan jenis tulisan seperti Times New Roman, Tahoma, Calibri, Myriad, Arial dan beberapa jenis tulisan lagi. Kesemua jenis tulisan ini begitu memainkan peranan agar penulisan anda kelihatan kemas dan tidak “serabai”. Bayangkan terdapat blog yang menggunakan font jenis Monotype Corsiva, Vivaldi, ChopinScript dan sebagainya untuk menulis. Tidak dinafikan font jenis itu CANTIK. Namun adakah font jenis itu sesuai untuk dijadikan JENIS FONT pada penulisan kita? Bila ianya tidak mampu dibaca oleh pembaca sudah tentu pembaca setia blog anda akan lari.

Sekian semoga mendapat manfaat darinya..
Ranking: 5

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Emma said...

setuju... ehhehehhehe nasib baik dah ubah =)


23 April 2012 at 10:15

Post a Comment

Topik-topik menarik!

 
© The Kaki Wayang! All Rights Reserved