Edisi Wanita! Kitaran Haid Terganggu, Punca Masalah dan Adakah Ianya Serius?

Oleh Kaki Wayang on

Sekadar gambar hiasan

Soalan:
Saya mengalami haid (menarki) pada hujung umur 15 tahun, lewat berbanding adik beradik yang lain. Masalah yang saya alami kini haid tidak teratur contohnya hanya dua hingga tiga kali dalam setahun. Apakah punca masalah ini dan adakah ia serius?

Jawapan:
Setiap wanita yang memasuki usia puberti akan mengalami haid pertama yang disebut menarki (menarche). Alhamdulillah, syukur dan tahniah kepada Sofia kerana berjaya mengalami menarki dan juga memasuki alam remaja sebagai seorang wanita. Mengalami haid pada usia 15 tahun masih dianggap normal walaupun adik beradik yang lain mengalaminya pada usia lebih awal.

Seharusnya kita mendapat haid setiap bulan sekali, namun pada awal menstruasi, ia belum teratur dan ini wajar berlaku. Haid normal adalah yang terjadi selama beberapa hari sampai satu minggu lamanya setiap satu kitaran haid.

Pusingan haid yang tidak teratur adalah yang kurang daripada 25 hari atau lebih daripada 35 hari. Ada sesetengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali dalam setahun seperti yang Sofia alami. Keadaan ini sering berlaku dalam kalangan anak gadis yang baru masuk ke alam remaja atau wanita yang hampir putus haid atau mencapai usia menopaus.

Keadaan ini bukanlah satu penyakit tetapi disebabkan oleh gangguan hormon. Wanita yang mengalami masalah ini kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan telur. Pusingan yang dialami ini juga dikenali sebagai pusingan tidak berovulasi (tidak mengeluarkan telur). Namun begitu, tidak perlu runsing kerana ini adalah normal untuk peringkat awal perkembangan. Kematangan hormon juga akan menyebabkan kematangan sistem reproduksi anak gadis di mana ovarinya (kilang telur) kini berupaya mengeluarkan telur (ovulasi).

PenyebabTerdapat pelbagai penyebab haid yang tidak teratur iaitu; senaman melampau yang biasanya berlaku dalam kalangan ahli sukan atau atlet, kekurangan atau berlebihan berat badan (berat badan yang tidak ideal), mengalami tekanan perasaan yang teruk dan gangguan emosi, pengambilan pelbagai jenis ubatan, kesan sampingan apabila berhenti mengambil pil perancang keluarga, mengalami sindrom ovari polisistik dan gangguan hormon lain seperti masalah pada kelenjar tiroid.

Secara kesimpulannya, Sofia tidak perlu gusar dan buat masa ini anda hendaklah meneruskan pemerhatian ke atas kitaran haid anda dan alangkah baiknya jika anda dapat mencatat kitaran haid tersebut dengan tepat dalam buku catatan harian. Insya-Allah, anda akan dapati kitaran haid anda akan menjadi semakin teratur dari masa ke semasa.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...