Edisi Sukan Hangat! Rosberg gah julang Mercedes, Petronas!

Oleh Kaki Wayang on


Pelumba Mercedes, Nico Rosberg mencatat kemenangan pertama dalam kariernya apabila memulakan perlumbaan dari petak pertama dengan memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix China, semalam.

Rosberg, 26, merupakan anak kepada juara dunia 1982, Keke, meraih kemenangan pertama selepas 111 perlumbaan. Ia juga merupakan kemenangan pertama pasukan Mercedes selepas 1955. Mercedes mendapat tajaan daripada Petronas.

“Sukar untuk dipercayai. Memang amat menyeronokkan apabila melihat betapa pantasnya kami berkembang. Kami memang tidak sangka terlalu pantas hari ini,” kata Rosberg.

Pelumba Britain yang memandu McLaren, Jenson Button ketinggalan 20.6 saat manakala rakan sepasukannya, Lewis Hamilton ketiga. Ia merupakan kedudukan ketiga kali ketiga berturut-turut buat Hamilton selepas tiga perlumbaan untuk merampas kedudukan pendahulu keseluruhan.


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...