Seorang penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd. Rafie Michel, 23, yang dilapor cedera selepas dibelasah di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang kelmarin dipercayai kerana cemburu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamed Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi kejadian itu bagi membantu siasatan.
MIKAEL ADAM yang dirawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur semalam.
“Berdasarkan siasatan awal, kita tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut bermotifkan cemburu. “Kita juga sudah mengenal pasti suspek terlibat yang merupakan anak orang kenamaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.50 pagi kelmarin, Mikael Adam yang berada di dalam keretanya bersama dua rakan didatangi suspek secara tiba-tiba sebelum menariknya keluar lalu ditumbuk sehingga terjatuh dan mukanya dipijak. Mohamed Zulkarnain berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan.
Terkini!
Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.
Mikael Adam mendakwa, ketika kejadian beliau berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan.
“Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan. “Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka,” katanya.
Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengada dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.

Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B.
Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini. Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.