Edisi Terkini! Gambar Pemain Livorno, Itali Mati Selepas Rebah di Padang!

Oleh Kaki Wayang on


Pemain tengah kelab Livorno, Itali, Piermario Morosini meninggal dunia di hospital selepas rebah di padang, dipercayai akibat serangan jantung, ketika perlawanan Serie B di Pescara, hari ini - insiden kedua melibatkan pemain bola sepak.

Bekas pemain Itali bawah 21 tahun ini, rebah ketika perlawanan Serie B masuk minit yang ke-31. Liga Serie B dalam satu kenyataan media, yang disiarkan menerusi laman web berkata, "tragedi di padang. Selepas serangan jantung ketika pertemuan Pescara dan Livorno, Piermario Morosini meninggal dunia."




Morosini, 25, dibawa ke hospital Santo Spirito dan diisytihar meninggal dunia. Ekoran kejadian ini, yang mengejutkan banyak pihak di Itali termasuk ada peminat dan rakannya menitiskan air mata, perlawanan ditangguhkan. Bulan lalu, pemain Bolton, Fabrice Muamba, 24, dilaporkan bahawa secara teknikal telah meninggal dunia selama 78 minit ketika perlawanan Piala FA Inggeris, juga akibat serangan jantung.

Morosini dipinjamkan kepada Livorno oleh Udinese, kelab Serie A. Pemain itu dilaporkan masih sedar ketika dibawa keluar dari padang tetapi koma apabila tiba di hospital.

"Dia memerhatikan saya ketika dibawa masuk ke dalam ambulans," kata Pengurus Besar Pescara, Danilo Iannascoli kepada Sky Italia. "Kita hidup dalam drama," kata beliau.

Media Itali mendakwa sebuah kereta milik polis trafik telah menghalang laluan ambulans ke kawasan stadium dan tingkap terpaksa dipecahkan bagi mengalihkan kenderaan tersebut.

"Saya tidak tahu sama ada ambulans lewat tiba atau tidak, tetapi saya tahu laluan ke padang telah dihalang oleh sebuah kenderaan," kata Iannascoli. "Morosini pengsan. Dia cuba untuk bangun, tetapi rebah sekali lagi," katanya lagi.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...