Edisi Pengajaran! Ajaran 'Kerajaan Langit' Ayah Pin Diwarta Sesat - Serius Sesat!

Oleh Kaki Wayang on


Kerajaan negeri Terengganu menyenaraikan empat ajaran sesat termasuk ajaran 'Kerajaan Langit' Ayah Pin bertentangan dengan ajaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat berkata, tiga ajaran lain ialah Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam yang dibawa Ashaari Muhammad, ajaran Azhar Abdul Wahab dan Syarikat Rufaqa' Corporation dan rangkaian syarikat-syarikat gabungannya yang masih membawa Aurad Muhammadiah.

"Sehingga kini, Jabatan Agama Islam negeri telah mendakwa seramai 52 orang yang terlibat dengan ajaran sesat Ayah Pin termasuk pengasasnya, Ariffin Mohammed.

"Bagi tiga lagi ajaran sesat itu, belum ada pendakwaan dibuat," kata Khazan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...