Edisi Pelik! Bayi Diisytihar Mati Ditemui Masih Hidup Di Rumah Mayat - Serius Pelik!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang bayi pra matang yang telah diisytiharkan mati, ditemui masih hidup selepas 12 jam dihantar ke sebuah rumah mayat di timur laut Argentina, kelmarin.

Menurut pegawai kesihatan Hospital Perrando di bandar Resistencia, keadaan bayi perempuan itu hanya disedari selepas ibunya bertegas mahu melihat mayatnya.

Kejadian tersebut mendorong ibu bapa Abigail Luciana menamakan semula anak mereka itu dengan nama Milagros Luz yang bermaksud ‘ajaib’ dalam bahasa Sepanyol.

Wakil setia usaha kesihatan wilayah Chaco, Rafael Sabatinelli berkata, berikutan kejadian tersebut mendorong satu kertas siasatan dibuka.

Lima orang termasuk doktor dan jururawat telah digantung sementara menunggu keputusan siasatan itu selesai.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...