Edisi Panas! Khairul Fahmi dan Leuniey Bertunang, Beraksi Gedik Tayang Cincin Tunang!

Oleh Kaki Wayang on


Kalau dahulu, penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex dilanda gosip yang mengatakan dia bercinta dengan seorang gadis manis bernama Leuniey. Hubungan itu dikatakan berlaku hingga menyebabkan tali pertunangan Leuniey dengan seorang lelaki terputus di tengah jalan. Tetapi, Apex menafikan gosip tersebut dan kenyataan itu disokong oleh bekas tunang Leuniey sendiri yang mengatakan Apex tiada kena-mengena dengan kekecohan cerita cinta yang timbul.


Edisi Hangat! Gambar Terbaru Aishwarya Rai! Masih Gemukkah Bekas Miss Universe Ini? - Ikutinya Di Sini!

LAGI BERITA PALING MENARIK HARI INI!



Mungkin rezeki untuk kedua-dua belah pihak, Apex danLeuniey dipertemukan sebagai model dalam iklan komersial minyak wangi milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Sekali lagi timbul cerita mengatakan mereka mempunyai hubungan cinta. Dan sekali lagi juga kedua-dua mereka menafikan kenyataan serta menepis semua dakwaan tersebut


Namun, sedikit pelik kerana sekarang ini, mereka dikatakan sedang hangat menyulam kasih dan sayang antara satu sama lain! Apex dan Leuniey dikatakan tidak segan untuk menyatakan ‘sesuatu’ di laman-laman sosial yang semakin banyak ketika ini.

Terbaru, Apex menggungakan gambar gabungan mukanya dengan seorang gadis yang kalau diperhatikan wajahnya mirip seperti Leuniey di profil Blackberry Messengernya (BBM). Selain itu, Apex juga ada memuat naik beberapa gambar yang jarinya memakai sebentuk cincin dengan ‘caption’ menunjukkan seorang permaisuri telah pun hadir dalam hidupnya. Tindakan Apex itu sama juga dilakukan oleh Leuniey.

Gadis cantik itu juga telah memuat naik gambar jarinya yang memakai cincin dan gambar mukanya yang sama aplikasinya dengan Apex. Apex dan Leuniey bercintakah? Apa kata anda?

Artikel Penuh: MyNewsHub
Gambar: RotiKaya.Com

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
6 Comments

{ 6 Komen Membina!... read them below or add one }

hajar said...

poyo!!

Cik Wani said...

lahai.... xperlu kot gitu. tp biarlah hak individu... =)

Gadis Kampung said...

ok la tue sama cantik sama padan...semoga btl2 kawin dan kekal lama..itu je la harapan peminat apex..dia nak pilih sapa itu hak dia...

RamRamCute said...

eloklah tu..benda baik tak perlu selindung-selindung...dah dedua single mingle apa nak malu dan takutkan lagi....semoga berbahagia :)

terbakor said...

org ensem.. biasa la tu xD

Unknown said...

sah la tu..asyik berkepit je nampaknye..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...