Edisi Sengal! Ibu Khayal Dadah Lupa Bayi 5 Minggu Atas Bumbung Kereta!

Oleh Kaki Wayang on

Polis di sini menahan seorang wanita yang didakwa memandu keretanya selepas terlupa bayinya yang berusia lima minggu berada di atas bumbung kenderaan itu. Jurucakap polis, James Holmes berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu semalam selepas saksi melihat seorang bayi dalam kerusi keselamatan berada di tengah jalan di satu simpang jalan raya.

Kanak-kanak itu tidak cedera. Dia kini di bawah jagaan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Arizona. Pihak berkuasa berkata, ibu bayi itu, Catalina Clouser, 19, teman lelaki dan kawannya menghisap ganja di taman berhampiran pada petang kejadian.

Clouser yang menyambung menghisap ganja di rumah rakannya pada malam itu, terlupa dia meletakkan bayinya yang lena di atas bumbung kereta, lalu memandu pulang.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...