Edisi Sengal! Kerana RM2, Penjual Kain Meringkuk Dalam Penjara - Ikuti Kupasannya!

Oleh Kaki Wayang on


Hanya kerana RM2 seorang penjual kain terpaksa meringkuk di penjara selama lapan bulan. Dia didapati bersalah cuba memukul seorang lelaki warga Pakistan yang enggan memberikannya RM2.  Hukuman terhadap Mohd Haifuldin Ismail, 24, dari Kubang Kerian diputuskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa.

Mengikut pertuduhan, kejadian berlaku di kedai pengadu di Simpang Empat Kampung Bayam di sini, pada jam 4.30 petang, 27 Januari lalu.  Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh datang ke kedai pengadu dan meminta wang RM2 selain memaksa mangsa menunjukkan pasportnya. Mangsa yang enggan menuruti permintaan itu bagaimanapun cuba dicederakan menggunakan topi keledar.

Tindakan pantas mangsa memegang tangan tertuduh menyelamatkannya daripada kecederaan. Mangsa kemudiannya menghubungi polis sebelum tertuduh diberkas dan dihadapkan ke mahkamah, semalam.

Dalam perkembangan sama, tertuduh turut dijatuhi hukuman enam bulan penjara akibat kegagalan mengemukakan kad pengenalan ketika pemeriksaan polis.  Kedua-dua hukuman diarah berjalan serentak. Kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...