Edisi Sentap! Susulan Kes POndan Mahu Sertai Ratu Cantik, Donald Trump Sokong Pondan Bertanding Ratu!

Oleh Kaki Wayang on


Jutawan terkenal Amerika Syarikat, Donald Trump mengucapkan semoga berjaya kepada seorang pondan yang mahu menyertai pertandingan ‘Miss Universe’ selepas pihak penganjur membenarkan Jenna Talackova mengambil bahagian pada peringkat Kanada. Penganjur Miss Universe berkata, mereka sebenarnya membuat keputusan itu pada Isnin lalu membenarkan Talackova, 23 bersaing dalam pertandingan berkenaan sebagai salah seorang peserta akhir ‘Miss Universe’ Kanada.

Kenyataan penaja menyebut, Trump mengucapkan Talackova ‘semoga berjaya dalam usaha memenangi gelaran’ berkenaan seperti juga peserta lain.

Tetapi, satu kenyataan yang dikeluarkan kemudian menimbulkan kekeliruan kepada Talackova apabila ia menyebut bahawa dia boleh menyertai pertandingan itu ‘sekiranya memenuhi syarat pengesahan jantina mengikut perundangan Kanada dan standard yang ditetapkan pertandingan antarabangsa lain.’

Terdahulu, Talackova dan peguamnya, Gloria Allred meminta penganjur memberi penjelasan dengan mengesahkan kedudukan peserta itu dengan menyiarkan salinan pasport Talackova yang menyatakannya sebagai wanita termasuk dalam sijil kelahiran dan lesen memandu.

Talackova, seorang penduduk Vancouver, menjalani pembedahan menukar jantina empat tahun lalu selepas dilahirkan sebagai lelaki. Isu pertukaran jantina itu pada awalnya menjadi sebab penganjur di Kanada menyingkirkan Talackova daripada menyertai pertandingan Miss Universe Kanada ke-61 pada Mei dengan merujuk kepada satu peraturan bahawa seseorang peserta perlu dilahirkan sebagai wanita.

“Saya seorang wanita. Saya rasa terhina dan berpendapat langkah mengecualikan saya adalah berdasarkan alasan yang tidak adil. Saya juga tidak pernah meminta untuk diberi sebarang pertimbangan istimewa. Saya hanya mahu bersaing,” kata Talackova.

Talackova dan Allred mahu Trump menetapkan bahawa dia boleh meneruskan pertandingan mewakili Kanada dalam Miss Universe sekiranya memenangi acara pada peringkat Kanada. Mereka juga meminta Trump untuk menyingkirkan peraturan berkenaan.

“Saya tidak mahu wanita lain mengalami diskriminasi yang sama seperti saya alami,” kata Talackova.

Sebagai maklum balas, penganjur pertandingan mengeluarkan satu kenyataan berkata, bahawa pandangan Allred kepada media hari ini sebagai tidak mengambil kira kenyataan bahawa Trump dan penganjur pertandingan membuat keputusan yang adil dan saksama membenarkan Talackova bertanding dalam pertandingan Miss Universe Kanada 2012.

Ketika dihubungi, seorang lagi jurucakap Miss Universe, Brenda Mendoza dipetik sebagai berkata: “Jika Talackova menang gelaran Kanada, dia akan bertanding pada peringkat dunia,”

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...