Edisi Hangat! Alhamdulillah, Sesungguhnya RezekiMu Tidak Terhingga - Bulan Mei Bulan Rezeki Kaki Wayang!

Oleh Kaki Wayang on

Blog Betol-betol Hangat dalam Majalah InTrend Edisi Mei 2012 (M/s 134)


Alhamdulillah semuanya serba menjadi buat Kaki Wayang..boleh dikatakan bulan Mei ini bulan yang penuh keberkatan dan limpahan rezeki buat Kaki Wayang..Semuanya bagaikan sudah tertulis apabila Blog Kaki Wayang muncul buat pertama kalinya dalam Majalah InTrend Edisi Mei 2012.

Terima kasih diucapkan kepada Majalah InTrend atas peluang yang diberikan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembaca yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada Blog Kaki Wayang untuk terus kukuh bertapak dalam dunia blog ini.

Top 10 Link Referrer dan Rakan Paling Mesra Mac 2012

 Banner

Selepas sahaja itu, Kaki Wayang sekali lagi dilimpahkan rezeki oleh Allah SWT apabila muncul sebagai pemenang sebanyak dua kali sebagai Top Referrer bagi Blog Denaihati bagi bulan Februari 2012 dan Mac 2012.

 Banner

Terima kasih diucapkan kepada Denaihati atas pemberian kemenangan ini kepada saya.

Anugerah Pekerja Contoh Bulan April 2012


Tidak cukup dengan itu, Kaki Wayang sekali lagi dilimpahi rezeki yang berterusan apabila dianugerahkan dengan Anugerah Pekerja Contoh Politeknik Muadzam Shah bagi bulan April dalam satu Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan pada Mei yang lepas.

Terima kasih kepada semua pihak terutama kepada pihak majikan (Politeknik Muadzam Shah) atas anugerah yang penuh makna ini. Semoga ianya mampu membakar semangat dan sikap semua penjawat awam agar bekerja dengan lebih gigih.

Pelantikan Rasmi Pegawai Penyelaras Kebudayaan Politeknik KPTM



Kemudian yang terbaru, Kaki Wayang kini dilantik sebagai Pegawai Penyelaras Kebudayaan Politeknik Kementerian PengajianTinggi Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan Politeknik yang begitu yakin (yakin ker? daaaaa..) dan percaya yang saya mampu menjalankan tugas ini dengan baik..Paling tak tahan dalam surat pelantikan berkenaan:

“Saya percaya dengan pelantikan ini tuan akan memberi sepenuh komitmen serta akan menjadi pemandu dalam usaha pembangunan kebudayaan dan kesenian di peringkat Politeknik, Kebangsaan dan Antarabangsa serta dapat menjana pembangunan modal insan yang cemerlang”.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan atas kepercayaan yang diberikan. Semoga perkongsian ini mampu memberikan motivasi buat kita semua. Perkongsian ini bukan bermaksud untuk menunjuk namun ianya lebih kepada pembakar semangat dan motivasi agar kita semua mampu kecapi nikmat dan rezeki Allah SWT..InsyaAllah..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

qasehraihan said...

Wah..retiss la dia..hehe

http://www.qasehraihan.blogspot.com/2012/06/dedikasi-istimewa-untukmu.html

Rosniena said...

tahniah bro..kekalkan prestasi kurangkan kontroversi...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...