Edisi Sukan Hangat! Demam Arsenal: Arsenal VS Malaysia Kini Kembali!

Oleh Kaki Wayang on


KELAB gergasi England, Arsenal mengesahkan bakal bertandang ke ibu negara untuk menentang skuad Harimau Malaya, Julai depan.

Pengarah Pemasarannya, Angus Kinnear menyifatkan kedatangan The Gunners pada tahun ini sangat istimewa berdasarkan sambutan hangat daripada penyokong-penyokong dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei ketika lawatan mereka musim lalu. Kinnear memberitahu, seluruh pihak termasuk pasukan Arsenal sangat teruja apabila kembali beraksi di Malaysia musim ini.


“Sudah tentu saya selaku wakil Arsenal sangat teruja apabila kami kembali beraksi di Kuala Lumpur yang mana kami tidak menjangkakan memiliki ramai penyokong di Malaysia.

“Pihak pengurusan, termasuk pasukan Arsenal sangat gembira dan sudah tidak sabar untuk menentang pasukan kebangsaan Malaysia. “Sudah tentu, kehadiran kami pada kali ini lebih istimewa.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana sentiasa memberikan sokongan kepada Arsenal dan kami menjanjikan satu persembahan menarik pada 24 Julai depan,” katanya pada sidang media perlawanan Arsenal menentang Malaysia di Hotel Saujana Subang semalam.

Kinnear menambah, tarikh itu dipilih kerana kejuaraan Eropah (Euro) 2012 telah berakhir dan pemain-pemain bintang The Gunners seperti Robin van Persie, Mikel Arteta, Alex Song dan ramai lagi bakal disenaraikan semasa jelajah tersebut kelak. Sementara itu, jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal memberitahu, beliau yakin perlawanan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF, November depan.

Jelasnya, beliau mahu menggunakan peluang tersebut untuk menguji kekuatan pasukan kebangsaan yang merupakan juara bertahan Piala Suzuki AFF.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...