Edisi Sukan Sentap! Ranking Fifa: Malaysia Kini Di Tangga Lebih Buruk!

Oleh Kaki Wayang on


Kedudukan skuad kebangsaan dalam peta bola sepak dunia semakin merosot apabila jatuh ke tahap paling buruk sejak Januari dengan berada pada kedudukan ke-156. Mengikut senarai mutahir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, Malaysia menghuni tangga ke-156 selepas mencapai kedudukan 148 pada Januari, 150 pada Februari dan 152 bulan lepas.

Kemerosotan ranking Malaysia adalah berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad kebangsaan. Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya kini berada standing dengan beberapa pasukan seperti Bangladesh (152), Palestin (153), New Caledonia (154) dan Samoa (155) yang diketahui umum mempunyai kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang dan peralatan sukan.

Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (97), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (151). Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut jatuh tiga anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-24 bulan lepas.

Sementara itu, juara Piala Dunia 2010, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,442 mata dikuti Jerman yang mengutip 1,345 mata di tempat kedua. Pasukan dari Amerika Selatan, Uruguay pula merampas kedudukan pasukan ketiga terbaik dunia daripada Belanda dengan mengumpul 1,309 mata iaitu berkelebihan 102 mata. Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 205 buah negara.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...