Betol-betol Hangat! Kes raba jadi sebab asingkan penumpang bas ikut jantina

Oleh Kaki Wayang on

Sistem transit TransJakarta di bandaraya ini dilaporkan melancarkan satu program perintis untuk mengurangkan masalah gangguan seksual dengan mengasingkan penumpang wanita dan lelaki dalam bas membabitkan laluan Ragunan-Dukuh Atas sejak minggu lalu.

“Kami cuba mengarahkan penumpang wanita supaya berada di bahagian depan, manakala penumpang lelaki di bahagian belakang bas,” kata Ketua Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan TransJakarta (BLU), Muhammad Akhbar yang dipetik media di sini. 

“Kami cuba melindungi penumpang, jadi mereka perlu diasingkan. Apabila bas ini penuh, penumpang akan berasak-asak.” 
 
Kami cuba mengarahkan penumpang wanita supaya berada di bahagian depan, manakala penumpang lelaki di bahagian belakang bas. - Muhammad Akhbar, Ketua Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan TransJakarta 
 
TransJakarta akan membuat penilaian daripada penumpang sama ada untuk meneruskan program terbabit selepas projek perintis itu berakhir, kata Akhbar. “Jika kebanyakan mereka bersetuju kami akan melaksanakan terhadap semua laluan.”

Akbar berkata, bilangan kes gangguan seksual terhadap bas TransJakarta tahun ini dilaporkan meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kes terbaru membabitkan gangguan seksual dilaporkan membabitkan pelajar sekolah tinggi yang hanya dikenali sebagai IF, ketika dalam perjalanan dari Kampung Rambutan ke Kampung Melayu pada 23 November lalu.

Penumpang lelaki dilaporkan sengaja meraba paha dan punggung mangsa. Penumpang lain yang menangkap Ahmad melakukan perbuatan itu membawa suspek ke balai polis Jatinegara di Jakarta Timur.

Akbar juga memberitahu, pelaksanaan terbabit masih lagi terhad kepada laluan tertentu dan masa tertentu.

“Ia tidak dilakukan secara menyeluruh. Pada masa depan, kami akan melaksanakannya di semua laluan.”

P/s: Di Malaysia sendiri sudah melaksanakannya..Alhamdulillah..dan berapa ramai lelaki yang tak sengaja masuk dalam Keretapi yang dibina khas untuk wanita..so, kepada yang tersengaja dan tak sengaja tu..berhati-hatilah yer malu giler wooooo..sekali masuk semua pompuan dok tengok kita..ape korang rasa...

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...