Edisi Hangat! Alaaa Double AA dah Tersingkir, Masterchef Selebriti Dah Tak Best!

Oleh Kaki Wayang on


Aku memang selalu mengikuti Masterchef..tak kiralah versi Malaysia atau luar negara sekalipun..dan buat pertama kalinya Masterchef Selebriti Malaysia muncul di kaca TV..satu keluarga aku menonton siri Masterchef ni tak kiralah keluarga kat Sabah dan kat Pahang..


Masa mula-mula dulu terus-terang..memang tak suka tengok Azwan Ali..yela dia kan sangat terkenal dengan kelantangan dan "potpetpotpet" nya..mengalahkan kau pompuan lagi..tu kalau bawa bertanding debat tu konfem menang..tapi setelah beberapa siri episod ditonton dengan gagah dan penuh pengharapan..akhirnya sikap dan sifat AA tu rasanya mudah untuk diterima walaupun kadang-kadang Drama yang dipancarkan secara automatik dari wajahnya itu agak berlebihan dan kelihatan sangat gedik..namun ianya berjaya menaikkan mood para penonton..walaupun kadang-kadang dia selalu bergaduh ngan si Farouk tu tapi aku tengok macam ok jer..yelaaa macam juga bateri..tak leh negatif jumpa negatif..kenelah positif jumpa negatif baru sesuai..betol tak...

Rasanya ramai yang suka tiru percakapan Azwan Ali macam Kao Hadooo? Kaoo Mampooo? tu semua dah jadi trend walaupun sebelum ni perkataan-perkataan seperti itu sudah menjadi buah mulut masyarakat Malaysia..khususnya bagi mereka yang suka menggedik even jantan macho macam aku sekalipun menggunakan perkataan-perkataan itu..hahahah..

Mmmm konfem ramai yang setuju dengan kenyataan aku kan..walaupun aku insan yang sangat normal yakni takde lah nak menggedik dan lupa akan jantina aku sebagai lelaki..iolls lelaki macho uolls..tapi disebabkan kemachoaan itulah aku terasa macam Masterchef Selebriti kini sudah hilang serinya apabila Azwan Ali tersingkir dari pertandingan Masterchef Selebriti Malaysia..

Heyyy kaoo hengat iolls tak suka drama ker? Drama Azwan Ali sekurang-kurangnya kelihatan sangat jujur dan ekhlas ok..walaupun i selalu juga mengata dan mengumpat pasal dia..tapi i nak berubah, i nak tinggalkan dunia pondan..(Hahahahaha skrip AA sangat)..kao hadoooo?

1 lagi yang unik pasal Azwan Ali ni (komen dalam Masterchef sajooo ok)..kalau bab kebersihan..perghhh memang mantop dan tip top serta "tea pot" (takde kene mengena)..pastu dia jenis yang sangat suka memberi menerima teguran..paling best..kalau dia ketua pasukan, tak nampak akan kuasa VETO yang dia gunakan..malah dia pula yang minta kengkawan lain suruh dia lakukan sesuatu..ikhlas kan..ke PROPA jer?

Selain dari itu (skema vagaih)..kalau bab nama makanan dan apa jua juadah sekalipun..memang "curlast" aka kelass..nama-nama masakan yang AA berikan memang lain dari yang lain dan kadang-kadang dia lagi kelakar dari si Angah Raja Lawak tu..kadang-kadang kalau serius sangat pun tak best juga kan..antara nama-nama juadah yang diberikan AA adalah...

"Juadah Sihat Gagahku di Muara"

"Kampung Extravaganza ala Tom"

Haaa amek kaw..kawww mampooo nak letak nama ""Juadah Sihat Gagahku di Muara"..Extravangza sangat walaupun agak mengarut..sekarang ni AA dah tak de..tengok Masterchef dah macam makan nasi tak de lauk atau lauk tawar tak de garam..melebih-lebih pula aku ni..


Walauapapun Drama AA mampu menaikkan rating Masterchef Malaysia..walaupun time masak dia sentiasa dengan SHAWL "vevulu" dia tu..tapi "mak tetap vogue hokayyy. Kau mampuuuu?" kata Azwan Ali..tapi kah adakah rating Masterchef Selebriti Malaysia akan menurun selepas tersingkirnya AA? Sama-sama kita tunggu akan kesudahannya..

Psst: Minta maaf yer wahai Azwan Ali kalau aku mengutuk dan mengata ko..iolls juga pandai PROPA occay..heheheheh..apa kata korang? Mode: Kegedikan melampau..**kesian kat Tomok sebab tersingkir kan..tuah tak menyebelahinya kali ini..tiber cakap sal Tomok..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Pengumpul Lirik Lagu said...

saya suke dato fazley..hehehe

http://www.kotak-lirik-lagu.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...