Edisi Pelik! Buaya Terpanjang Di Dunia - Serius Menyeramkan!

Oleh Kaki Wayang on


(MOST RECOMMENDED)

Pihak pengurusan Guinness World Records mengisytiharkan bahawa seekor buaya yang dipersalahkan kerana menyebabkan beberapa orang mati di selatan Filipina sebagai yang paling besar pernah dikurung di dunia. Menurut jurucakap Guinness, Anne-Lise Rouse, buaya air masin itu berukuran 6.17 meter (m) panjang dan berat haiwan tersebut lebih satu tan.

ARTIKEL PALING MENARIK PERHATIAN HARI INI:



Buaya itu ditangkap pada September tahun lalu di bandar kecil Bunawan di wilayah Agusan del Sur selepas tiga minggu diburu. Haiwan itu mengambil alih rekod tersebut daripada seekor buaya sepanjang 5.48m yang dikurung di sebuah taman buaya di Australia.

Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde memberitahu agensi berita AP, beliau diberitahu oleh pihak Guinness tentang rekod tersebut pada bulan lalu. Buaya itu yang bernama Lolong kini menjadi daya tarikan di sebuah pusat taman ekopelancongan dan penyelidikan di pinggir Bunawan.

Elorde berkata, pihak perbandaran telah memperoleh AS$72,000 (RM228,729) hasil kutipan tiket di pintu masuk taman tersebut. Sebahagian wang itu digunakan untuk membeli makanan buaya tersebut. Buaya itu ditangkap dengan menggunakan perangkap besi selepas seorang kanak-kanak terbunuh pada tahun 2009 dan seorang nelayan dilaporkan hilang.

Kerbau turut dijadikan umpan semasa usaha untuk menangkap buaya tersebut. Kira-kira 100 orang yang diketuai Elorde menarik buaya tersebut dari sebatang anak sungai dengan menggunakan tali dan diangkat ke atas trak dengan menggunakan kren.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
4 Comments

{ 4 Komen Membina!... read them below or add one }

Yu. Syamz said...

Subhanallah...besarnye...huhu

Entry Terkini Waalid : Pahala | Dua Dalam Satu

Nurul said...

mcm pernh je wat entri ttg buaya nih .. hehehe

Unknown said...

o-mak-ai..besaq sungguh...

Kaki Wayang said...

Besarnya.... jangan terlepas nanti habis dilibas nya...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...