Edisi Hangat! Huawei Perkenal Tablet Quad Core Pertama di dunia!

Oleh Kaki Wayang on



VENDOR teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkemuka, Huawei memperkenalkan tablet saiz 10 inci berkuasakan quad core pertama di dunia pada Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) 2012 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol.

Tablet dinamakan MediaPad 10 FHD terbabit lengkap dengan ciri hiburan yang tiada tandingannya termasuk audio visual serta pemprosesan Huawei 1.5GHz quad core, sistem operasi Google Android 4.0 dan skrin paparan definisi tinggi 10 inci.

Pengerusi Peranti Huawei, Richard Yu berkata, syarikatnya membangunkan tablet yang dihasilkan berdasarkan tabiat penggunaan peranti terbabit oleh pengguna seperti aplikasi permainan, fungsi multimedia dan e-buku.

“Kami mencipta MediaPad 10 FHD yang cemerlang dalam semua keupayaan hiburan termasuk kelajuan, kuasa, web, paparan definisi tinggi dan audio kemudian membungkusnya dalam mesin padat dan mudah alih,” katanya.

Selain mampu memainkan permainan jenis tiga dimensi (3D), tablet terbabit turut membolehkan akses tanpa wayar berkelajuan tinggi sehingga 84Mbps (HSPA + 21/42/84Mbps) serta menyokong piawaian rangkaian LTE.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...