Crystal Warren, yang nama asalnya Christopher Snowden, menukar jantina pada tahun 2005, lapor The Sun.
"Wanita" berusia 42 tahun itu berkata: "Saya tidak mahu lebih ramai di luar sana yang akan marah tetapi saya perlu memberitahu kebenaran.Ramai akan berfikir saya telah berbohong terutama pada mereka yang telah mengadakan hubungan seks dengan saya. Tetapi saya rasa mereka tidak patut marah kerana ia adalah masa lalu saya."
"Wanita" berusia 42 tahun itu berkata: "Saya tidak mahu lebih ramai di luar sana yang akan marah tetapi saya perlu memberitahu kebenaran.Ramai akan berfikir saya telah berbohong terutama pada mereka yang telah mengadakan hubungan seks dengan saya. Tetapi saya rasa mereka tidak patut marah kerana ia adalah masa lalu saya."
Crystal, yang tinggal di Brighton, dilahirkan di bandar Somerset. Ibu bapanya yang bercerai ketika dia berusia lima tahun menyebabkan dia terjerumus kepada ketagihan seks yang kronik kerana tertekan dengan penceraian ibu bapanya. Crystal hilang teruna pada usia 15 tahun dengan rakan sekolah,menjadi ketagih selepas itu dan menjalinkan hubungan sejenis dengan kawan-kawan sebaya dan bertukar ganti teman sekatil setiap bulan.
Ketika berusia 17 tahun, dia pernah tidur dengan 40 orang orang lelaki tetapi jiwanya memberontak dengan naluri kewanitaan dan berasa tidak selesa dengan hubungan sejenis. Di awal 20-an, Crystal mula menyedari bahawa dia mempunyai nafsu seks yang tinggi.
Pada keadaan yang paling teruk, Cystal pernah melakukan hubungan seks dengan tujuh lelaki berbeza dalam masa 24 jam dan kadang kala beberapa lelaki pada satu-satu masa. Pada usia 40 tahun, akhirnya Crystal mengambil keputusan menukar jantina menjadi wanita sepenuhnya dan akhirnya berhadapan ketagihan yang lebih teruk selepas menjadi wanita.
"Saya tahu saya seorang penagih seks, tetapi saya tidak boleh mendapatkan bantuan profesional. Seks adalah satu-satunya perkara yang membuat saya merasa lebih baik tentang diri sendiri. Saya adalah salah seorang anggota talian dating CougarLife.com, laman web, yang membantu saya mendapat lelaki yang boleh memuaskan nafsu seks yang saya yang tinggi", kata wanita itu.
"Saya rasa apabila lelaki mula berkata tidak, saya akan berhenti melakukan hubungan seks. Saya tahu sesetengah orang mesti berfikir orang saya seorang yang dahsyat, tetapi saya mahu orang percaya bahawa saya tidak berbangga dengan keadaan diri sendiri", tambahnya lagi.