Edisi Sukan Hangat! Gambar Aksi Datuk Lee Chong Wei Dalam Kejohanan Badminton All England 2012 - Serius Hot!

Oleh Kaki Wayang on


Pertamanya, tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas persembahan dan aksi dalam Kejohanan All England malam tadi..walaupun agak kecewa apabila beliau gagal untuk mempertahankan kejuaraan yang dimilikinya namun beliau sebenarnya sudah membuktikan yang beliau masih seorang pemain yang berwibawa dan mampu mengharumkan nama Malaysia.

Kegagalan beliau bermakna, beliau gagal untuk mencapai hatrik selepas menang pada dua sesi sebelumnya iaitu pada 2010 dan 2011.

Mengimbas kepada kekalahan beliau ditangan Lin Dan malam tadi, Datuk Lee Chong Wei sebenarnya mengalami kecederaan bahu yang agak serius pada pertemuannya dengan pemain Korea Lee Hyun Il. Walaupun begitu, beliau masih mampu untuk memberi tentangan kepada jaguh China itu sebelum tewas pada set pertama 19-21.

Permainan Datuk Lee Chong Wei agak terbatas dan beliau dilihat beberapa kali berhenti seketika dari perlawanan untuk mendapatkan rawatan. Kecederaan bahu yang agak serius itu nampaknya menghantui begitu menghantui beliau sebelum memberikan Lin Dan kemenangan percuma ketika berada pada kedudukan 2-6.

Walau apa pun, TAHNIAH kami (seluruh warga Malaysia) atas kejayaan anda. Anda tidak kalah tetapi anda sebenarnya juara dihati kami (ayat “tacink”). Malaysia Volleh!!! Jom kita layan sedikit gambar aksi beliau dalam Kejohanan All England 2012.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...